Assalamualaikum...
sebelum tibanya hari yang penting bagi raja sehari, perkara penting yang perlu dilakukan adalah melakukan saringan kesihatan... ujian saringan HIV ini amat la penting sebelum ingin melangsungkan pernikahan... so di sarankan sebulan sebelum nikah tu dah pergi buat la yerrr... hurmm jgn jadi mcm msjenn lak, last minit baru buat haa kan da kelam kabut jadinye... hahahaha nasib baik sempat kalau x, nanti x pasal2 kena tunda tarikh pulak, so take note ok...
kalau nak tahu ni la borang saringan HIV tu..
1. borang ni blh di dapati di Jabatan Agama Islam berhampiran anda...
2.bayaran rm10 dikenakan untuk setiap permohonan ujian saringan HIV ni, bayaran berbeza mengikut negeri (rasenya msjenn haritu xpayah bayar kot, mybe ni syarat baru ape2 pun masing2 refer pada Jabatan Agama Islam negeri masing2 la yer )
3. borang ujian saringan HIV hendaklah dilengkapkan dan dibawa ke Klinik Kesihatan yang telah di senaraikan bagi menjalani ujian HIV 1&2
UJIAN SARINGAN HIV DI KLINIK KESIHATAN KERAJAAN
1. Bakal pengantin hendaklah hadir ke klinik kesihatan yang disenaraikan dengan membawa Borang Ujian Saringan beserta resit.
2. Sekiranya keputusan ujian TIDAK AKTIF, bakal pengantin boleh meneruskan proses permohonan berkahwin.
3. Sekiranya keputusan adalah AKTIF, pemohon perlu menjalani ujian lanjut bagi pengesahan HIV. Keputusan ujian dikeluarkan dalam masa 2 minggu.
4. Pegawai perubatan akan mencatat keputusan dalam borang dan dimasukkan dalam sampul surat SULIT untuk diserahkan kepada bakal pengantin.
5. Setiap kes HIV POSITIF, perlu dirujuk kepada Pakar Perubatan Keluarga atau Klinik Penyakit Berjangkit.
6. Keputusan tersebut sah laku dalam tempoh 6 bulan dari tarikh ujian dijalankan.
PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN DI JABATAN AGAMA ISLAM.
1. Permohonan Kebenaran Berkahwin yang telah mendapat pengesahan dari Penolong Pendaftar hendaklah dihantar semula ke Jabatan Agama Islam di tempat masing-masing bersama dengan keputusan Ujian Saringan HIV yang telah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
2. Sekiranya keputusan ujian adalah NEGATIF, proses permohonan kebenaran berkahwin akan diteruskan.
3. Sekiranya keputusan HIV adalah POSITIF, maka:
a) Pemohon perlu menjalani sesi khidmat nasihat di Jabatan Agama sebelum meneruskan permohonan kebenaran berkahwin.
b) Pemohon, pasangan dan keluarga akan diberi pendedahan tentang implikasi HIV.
c) Pemohon dan pasangan akan diminta membuat keputusan sama ada mahu meneruskan perkahwinan atau sebaliknya.
d) Sekiranya pemohon dan pasangan membuat keputusan untuk meneruskan perkahwinan, maka permohonan kebenaran berkahwin akan diproses.
e) Pemohon dan pasangan perlu merujuk kepada Pakar Perubatan Keluarga dan Klinik Penyakit Berjangkit untuk penjagaan kesihatan seterusnya.
No comments:
Post a Comment