08 November 2013

CARA SOLAT SUNAT DHUHA

Solat sunat dhuha merupakan kunci rezeki, kunci kejayaan dalam mencapai keberkatan dan kunci untuk sentiasa berasa cukup dalam kehidupan...





Solat Sunat Dhuha dilakukan ketika matahari sedang naik iaitu antara jam 0800 pagi hgga jam 1100 pagi, waktu malaysia. Jumlah rakaat tidak terbatas dari 2 rakaat hgga 12 rakaat dengan setiap 2 rakaat satu salam. Perlaksanaannya sama seperti solat-solat sunat yg lain. Lafaz niatnya : USOLLI SUNNATADHUHA ROKAATAINI LILLAHITAALA. (shj aku solat sunat dhuha dua rakaat kerana Allah taala) pada rakaat pertama, bacalah surah Al-Fatihah dan di ikuti surah Asy-Syams : washamsiwadhuhaha, pada rakaat kedua, bacalah surah Al-Fatihah dan diikuti surah Ad-Dhuha : wadhuha. wallaili iza saja. Semasa sujud akhir sebelum tahiyat akhir bacalah sebagaimana berikut sebanyak 40 kali : (WAHABLI YA WAHHABU I'ILMAN WAHIKMATAN, WARZUQNI YARAZZAQU KUNLI MUSAHHALAN) maksudnya : (berikanlah kepadaku wahai yg maha pemberi, ilmu dan hikmah. kurniakanlah kepadaku wahai yg maha pengkurnia, menjadi mudah urusan). Sesudah salam bacalah doa sebagaimana berikut : Maksudnya : (Ya Allah bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuhaMu, Kecantikan ialah kecantikanMu, Keindahan itu keindahanMu, Kekuatan itu kekuatanMu, Kekuasaan itu kekuasaanMu, dan perlindungan itu perlindunganMu, Ya Allah jika rezekiku masih diatas langit turunkanlah, jika ada didalam bumi keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, Berkat waktu dhuha keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanMu, limpahkanlah kepadaku segala yg telah engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yg solleh). Alhamdulillah..

No comments:

Post a Comment


Get paid to share your links!